Fadhilat.

*FADHILAT BULAN ZULHIJJAH:*
_Moga diberkati nama yg mula dgn “Z”_😁
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.

*1 Z ~ 9 Z* = Sunat berpuasa, penuh 9 hari atau pilih hari2 tertentu.
*9 Z* = Fadhilat puasa Hari Arafah, diampuni dosanya 2 thn. Tahun ini dan tahun depan.
*1 Z ~ Hingga selesai korban:* Peserta korban makruh potong rambut, kuku & bulu. Seluruhnya menjadi saksi dan diampuni Allah di hari korban.
*9 Z ~ 13 Z* = Sunat bertakbir 5 hari setiap selepas solat, mulai 9 Z selepas Subuh hingga 13 Z selepas Asar (hari raya ke-4).
*10 Z* = Solat Sunat Idul Adha & mendengar dua khutbah.
*10 Z ~ 13 Z* = Hari melakukan Ibadah Korban utk bersedekah kpd fakir miskin dan hadiah kpd orang2 Islam lain.

*Kalimah “Qurban” bermaksud mendekatkan diri kpd Allah (Taqarrub Ilallah). Ini bukan sedekah biasa tetapi sedekah wajib dan peserta *sunat* ambil sedikit saja drpd bahagian korbannya utk dapat berkat. Yang lain wajib diagihkan kesemuanya kpd yg berhak. Paling tidak, bahagian korban kita hendaklah dibahagi 3; ambil 1 bahagian saja dan 2 bahagian lagi wajib disedekah kpd fakir miskin dan hadiah kpd org Islam lainnya. *Wajib diagihkan dlm keadaan mentah, tidak dimasak. Ambil sedikit sahaja tetapi beri lebih banyak. Inilah KORBAN yakni semata2 utk Taqarrub Ilallah.*

*Selamat Berkorban… Moga ibadah Qurban kita diterima Allah Ta’ala, amin Allahumma amin.*

Mohon ampun maaf atas segala salah dan silap dari kami sekeluarga.

_Akhukum fi Mahabbati Rasulillahi_ ﷺ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

🌸💞🌸💞🌸💞🌸💞🌸💞